Sunday, June 19, 2016

11 Perkara Yang Sering Anda Lupa

LUPA. Perkataan yang sering kita dengar. Mungkin kerana kesuntukan masa, terlalu banyak kerja atau apa saja alasan anda, jangan lupakan perkara di bawah.

Lupa ganti vitamin



Hal ini sering berlaku jika anda hanya mengambil vitamin bila anda mendapat sesuatu penyakit sahaja. Bila penyakit sudah sembuh, anda tentu akan berheti mengambil vitamin tersebut kerana kesuntukan masa. Jika tiada tarikh luput pada botol vitamin, selalunya ia hanya bertahan selama 3 tahun. Lambat laun, bahan aktif dalam vitamin akan kurang keberkesanannya dan boleh mendatangkan bahaya jika terus diambil.


Lupa tukar kata laluan/password



Tahukah anda penggodam boleh try and error 30000 password dalam masa hanya 1 saat. Hal ini tambah berbahaya jika anda meggunakan password dan email yang sama untuk kesemua website yang anda lawati. Sekurang-kurangnya tukar kata laluan anda 2 bulan sekali.

Tips: Buat password daripada ayat yang bermakna dan mudah diingati bagi anda. Contoh, jika nama anda Farid bin Ahmad Zainal, maka anda boleh membuat password seperti begini, FbAZ1993 dan letak simbol seperti :). Password sebegini amat sukar untuk digodam dan hanya anda boleh mengingatinya. 

Lupa tukar bekas contact lens



3 bulan. Itulah tempoh masa sebelum bekas contact lens anda akan kotor. Hal ini bagi mengelakkan jangkitan mata daripada parasit, fungi atau yis yang mungkin melekat di contact lens. Lebih baik beringat sebelum terkena.





Lupa tukar cadar



Tukarlah cadar anda 2@3 minggu sekali. Tahukah anda sewaktu anda tidur kuman daripada mulut, hidung dan kulit anda akan merebak di atas cadar dan sarung bantal anda. Sekiranya immun badan anda rendah, anda boleh terkena penyakit pernafasan, masalah usus serta jangkitan kulit dan mata.





Lupa tukar bantal



Setahun sekali tukarlah bantal anda. Jika anda menimbang berat bantal anda selepas 2 tahun menggunakannya, anda akan mendapati bantal itu sudah berat lebih 10% disebabkan oleh tompokan kutu dan tahinya.





Lupa tukar tilam



Adakah anda perasan label di bawah tilam yang menyuruh anda tukar tilam selepas 10 tahun. Spring dalam tilam selepas 10 tahun sudah tidak lagi elastik seperti semasa anda membelinya. Jika anda terus menggunakannya, bersedialah untuk menghadapi sakit tulang belakang.

Lupa tukar berus gigi



Anda perlu tukar berus gigi anda 3 bulan sekali. Berus gigi lama, berusnya tidak lagi lurus dan lembik. Hal ini menyebabkan plaq sukar diberus keluar. Tambahan pula, berus yang lama dipenuhi dengan bakteria, bukan sahaja bakteria dari mulut anda tetapi juga dari dalam tandas itu sendiri.



Lupa tukar minyak enjin kenderaan


Cek selalu minyak enjin. Walaupun minyak sintetik lebih mahal tetapi ia lebih bagus untuk memelihara enjin anda daripada haba dan haus.






Lupa tukar pencukur



2@4 minggu sekali tukarlah pencukur anda. Bagi memastikan pencukur anda bertahan lebih lama, lembutkan bulu anda dengan air suam sebelum bercukur.





Lupa tukar kasut sukan



Kasut sukan anda jika sering digunakan jangka hayatnya hanya selama 7 bulan. Lebih daripada tempoh ini, ia sudah kehilangan daya serapan dan stabiliti. Anda mungkin cedera lutut, betis atau buku lali jika terus menggunakannya.


  


Lupa tukar tuala gim



Sekali! Lepas habis guna terus basuh. Tuala gim anda mungkin sudah dijangkiti patogen orang lain. Anda tidak tahu siapa yang menggunakan peralatan gim sebelum anda. Bayangkan peluh orang itu yang melekit habis menjangkiti anda.






Lepas ni jangan lupa dah perkara-perkara ni. Kelak kita juga akan merana.